Sejarah Dan Perkembangan Sekolah

        Pada 20 Oktober 1945, tokoh-tokoh masyarakat Cina Perai meminta persetujuan daripada Lembaga Pengurus SJK C Chung Hwa Pusat, Cawangan 1 dan 2 Butterworth untuk menubuhkan SJK C Chung Hwa 3 di Perai supaya memudahkan anak-anak murid di sekitar kawasan Perai.Selepas mendapat persetujuan Jemaah Pengurus SJK C Butterworth, sebuah rumah atap beralamat No 42, Main Road Perai telah dibeli untuk dijadikan bangunan sekolah pada 2 November 1945 dan SJK C Chung Hwa 3 telah ditubuhkan pada awal tahun 1946.Pada peringkat awal penubuhan sekolah, Datuk Yam Yoo Loon memegang jawatan sebagai Guru Besar bagi keempat-empat cawangan SJK C Chung Hwa.

Memandangkan bilangan murid yang semakin meningkat. Lembaga Pengelola Sekolah terpaksa mencari tapak bangunan baru.  Pada tahun 1976,bangunan baru telah siap dibina di Taman Senangin dan dirasmikan pembukaannya oleh mendiang Datuk Tan Siang Sang pada 6 Mei 1977. Selepas tiga tahun, Blok B dan Blok C siap dibinakan pada tahun 1986.

Dibawah sokongan padu penduduk-penduduk sekitar Perai, Dewan Serbaguna dan bilik pejabat dibinakan pada tahun 2000. Makmal Komputer bertingkat dua pula dibinakan pada tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.